Monday, May 12, 2008

CORETAN HARI IBU I - CARBON COPY

Semalam Hari Ibu. Tapi saya tidak sempat mencoretkan apa-apa kerana sibuk menulis episod contoh (pilot) untuk Astro. Hari Ibu pun terpaksa bekerja. Apa nak buat, kerjaya dalam dunia televisyen, deadlinenya tidak tentu masa. Pada Hari Ibu 2004, saya pernah ditegur oleh jiran kerana mengadap komputer. “Hari ini Hari Ibu kan...” Waktu itu saya sedang menulis skrip berjudul “2 Jiwa 1 Hati” untuk slot Cerekarama TV3.

Tahun ini tiada sambutan. Anak sulung, Syafiqah, sibuk berlatih teater di Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan di bawah bimbingan aktivis teater, Ladin Nuawi. Biasanya dia yang selalu mengajak adik-adik ke kedai runcit dekat rumah dan membeli hadiah untuk saya. Mereka lakukannya secara sorok-sorok. Saya pula buat-buat tidak nampak perbuatan mereka itu. Duit untuk membei hadiah, mereka ambil dari duit kumpul dalam tabung masing-masing. Hadiah mereka selalunya yang berkaitan dengan kerjaya saya - pen, buku nota, klip kertas, pensil, pemadam dan sebagainya. Mereka sekadar membalutnya dengan kertas A4 putih yang diambil dari laci saya. Dalam sambutan Hari Ibu yang lepas, anak kedua, Ehsan, mahu membeli staples dengan alasan dia selalu melihat saya menggunakannya. Mujur kakaknya menghalang hasrat itu dengan alasan dia melihat staples masih banyak dalam laci saya.

Cerita mereka itu membuatkan saya terfikir sesuatu. Anak-anak memang sentiasa melihat dan memerhati apa yang ibu bapa lakukan. Di saat kita memerhati mereka, mereka pun sebenarnya sedang memerhati kita. Ini hakikat. Jadi, apa jua perbuatan kita, pasti akan diikuti oleh mereka. Atas dasar itu lah kita tidak boleh memarahi mereka di atas perbuatan mereka yang tidak kita senangi. Mereka mungkin meniru dari kita!

Sebagai rumusan, anak-anak adalah carbon copy kita.

3 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum,

Teruskan. Sudi-sudikan juga melawat ke blog katering & buku saya.

http://themakan.blogspot.com
http://pasalbuku.blogspot.com

Ajami Hashim said...

sronok dpt jumpa scriptwriter otai mcm u ;-).. i budak baru blajar.. huhu!

MyLifeJournal said...

Assalamualaikum,
Hai Kak Mai,sorry saya baru baca komen akak. Saya memang selalu tengok renjis ceritanya memang fresh dan sangat addicted to the storyline.Thanks akak bagi nasihat pada saya..Saya cuma perlu tahu bagaimana untuk menjadi ahli SWAM?Thanks