Monday, June 30, 2008

Anti-feminisme...iktiraf falsafah gender dalam Islam

Anti-feminism dalam blog ini bukan lah gerakan anti-feminism dari barat. Apa lagi gerakan anti-feminism oleh agama Kristian. Anti-feminism dalam blog ini bermaksud tidak bersetuju dengan gerakan memperkasa wanita yang seolah-olah mahu bersaing dengan lelaki. Bersaing dengan lelaki boleh dilihat dari segi keinginan untuk mengatasi lelaki dalam segala segi. Atau sekurang-kurangnya melakukan apa yang lelaki lakukan sekalipun ia tidak sesuai dengan fitrah wanita.

Blog ini turut menentang penglibatan wanita dalam profesyen luar rumah sekiranya ia nyata sekali mengancam usaha pembentukan generasi muda (anak-anak). Akhir sekali, blog ini mahu mempromosi 'kepulangan' kaum perempuan ke ruang lingkup domestik (rumahtangga) jika usaha pembentukan generasi berada pada tahap kritikal. Dalam konteks ini ia membawa slogan 'kembali kepada fitrah' atau 'back to nature'.

Atas dasar itu lah, jangan terkejut kalau blog ini membincangkan isu yang kedengaran seperti 'outdated', 'mundur' atau 'ketinggalan' buat seseorang wanita. Contohnya, menyusu anak dengan susu ibu, memasak untuk anak-anak atau berhenti kerja.

Secara ringkas, blog ini bertujuan untuk memperkasa lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak. Ini bermakna baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau remaja, semuanya perlu diperkasakan secara serentak. Tidak wajar kalau kita hanya menumpukan kepada usaha memperkasa wanita semata-mata. Keadaan ini akan menghasilkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Apa akan jadi sekiranya wanita begitu perkasa sedangkan lelaki, remaja dan kanak-kanak tidak perkasa?

Jadi, blog ini tidak bersetuju dengan perang gender atau persaingan gender. Falsafah gender dalam blog ini selaras dengan falsafah gender dalam Islam. Bagi Allah, kedudukan lelaki dan perempuan adalah sama - tidak ada satu pihak yang lebih, tidak ada satu pihak yang kurang. Apa yang menjadi ukuran - samada lebih atau kurang - adalah takwa. Taraf wanita akan lebih sekiranya dia bertakwa. Taraf lelaki akan kurang sekiranya dia tidak bertakwa. Bagaimanapun, dalam masyarakat, Allah membezakan lelaki dan perempuan dengan fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Fungsi dan tanggungjawab itu tentunya bersesuaian dengan fitrah - keadaan atau ciptaan semulajadi setiap gender. Dalam masyarakat, Allah meletakkan fungsi dan tanggungjawab lelaki lebih berat dan mencabar. Sedangkan fungsi dan tanggungjawab wanita lebih ringan.

Apa pun, gerakan feminisme mahu menukarkan keadaan ini. Ia mahukan perempuan memikul fungsi dan tanggungjawab yang sama atau lebih daripada lelaki. Ia mencabar wanita agar memainkan peranan yang setanding atau melebihi lelaki dalam apa jua pekerjaan, perjuangan, amal ibadat dan sebagainya. Keadaan ini tentulah berlawanan dengan apa yang Allah mahukan.

Atas dasar itu lah, blog ini konsisten dalam usaha menentang feminisme samada feminisme sekular mahupun feminisme Islamik.

6 comments:

Stenly Djatah PhD said...

Helo sister Maizura,
nama saya Stanley, pelajar PhD kajian Moral Philosophy and Human Rights di USM Pulau Pinang.
Interesting menyimak artikel anda tentang "Anti Feminisme".
Ada beberapa hal yang anda tidak jelaskan sehingga sulit di famahi apa maksud "Anti Feminisme" yang anda tulis.
1. Apakah yang anda maksud dengan gerakan anti feminisme dari barat dan anti feminisme oleh agama Kristen? Bagaimana anda dapat membedakan kedua-dua hal ini?
2. Apakah perbedaan essential antara "Anti Fenisme" dalam Islam dengan gerakan yang lain?
Jika ada gerakan feminisme dan anti fenisme dalam Islam apa yang yang hendak di raih atau di tolak?
3. Mengikut saya, konsep feminisme dari mulanya, hanya berbicara satu hal, yaitu, equality antara perempuan dan laki-laki.Perbincangan ingin tentunya tidak boleh diinterprtasi hingga pada area urusan rumah tangga. Apakah, gerakan fenisme melarang wanita bekerja sebagai ibu rumah tangga saja? Gerakan fenisime tidak melarang seorang Ibu menyusui bayinya. Gerakan feminisme tidak melarang seroang Ibu untuk memasak didapur. Yang dimaksudkan oleh fenisme adalah, pembatasan dominasi pria terhadap wanita. Jadi tidak perlu ada istilah "back to the nature" karena gerakan fenisme tidak membuat wanita menyimpang dari "nature" nya sebagai wanita.

Jika saya ingin bertanya:
1.Apakah sebelum seorang wanita menikah, dia memiliki hak asasi bekerja di luar rumah atau tidak? Untuk mencari nafkah bagi dirinya sendiri.
2. Apakah setelah menikah, wanita masih memiliki hak asasi untuk bekerja seperti sebelum dia menikah atau tidak? Jika tidak, bukankah itu berati status menikah mengurangi hak - hak asasi wanita? Hak asasi tidak inheren dalam diri manusia. Siapapun tidak dapat mengambilnya. Bagaimana pendapat anda untuk hal ini?
Thanks
Stanley
Department of Philosophy
School of Humanities, USM
Pulau Pinang

Maizura Mohd Ederis said...

Hi Stanley,

Tks ats komen sdr. Anti-feminisme dlm blog ini bukan lah satu gerakan rasmi. Ia sekadar penentangan peribadi terhadap feminisme di Malaysia. Di sini agendanya lbh kpd meningkatkan bilangan wanita dlm profesyen luar rumah. Cth : mahu capai sasaran 30% wanita dlm top management. Di seluruh dunia, sasaran ini blm tercapai. 12 Agenda Bertindak Beijing 1995 meliputi semua aspek hak asasi wanita. Tp aktivis feminis lebih tumpu mahu meramaikan ‘woman at the top’. Di saat aktivis mahu capai agenda ini, ibu2 dlm profesyen pula makin serba salah utk teruskan profesyen. Tinjauan sy sbg wartawan mendapati, ramai yg bersalah krn anak2 terabai drp mendapat cthnya : susu ibu, makanan homemade yg bersih dan tidak tercemar, didikan sempurna, etc. Mrk terpaksa beri susu formula, makanan komersil highly process dan bertoksid, didikan oleh TV yg memaparkan pop culture sepanjang masa, atau oleh pengasuh berbayar yg kurang kasih sayang ttp mementingkan upah semata-mata. Kbykan ibu bekerja kerana ‘terpaksa’ akibat kos sara hidup moden yg meningkat. Terbukti, masalah sosial byk berlaku di dlm kelas rendah yg mana ibu2 TERPAKSA bekerja. Aktivis jarang melihat isu ini – kesan sosial akibat penyertaan wanita dalam profesyen. Satu hal lagi, tentang hak asasi ibu dalam profesyen. Sbg cth : International Labor Organsiation (ILO) Maternity Protection Code – majikan kena beri cuti bersalin bergaji 3 bln, waktu kerja anjal (boleh balik anytime/atau dtg kerja anytime utk menyusu bayi atau menjaga bayu yg sakit), bilik memerah susu, pusat asuhan di tempat kerja, jaminan tidak akan dipecat kalau melahirkan anak, etc. Menurut WHO dan UNICEF, adalah menjadi hak asasi bayi utk mendapat susu ibu secara ekslusif dalam enam bulan pertama. Kajian mendapati penyusuan ekslusif (tanpa mencampurkan dengan susu formula) dlm enam bln pertama dpt memberi asas kesihatan yang sempurna utk seseorang manusia. Ttp majikan enggan menyediakan semua ini. Alasan : kenapa mrk perlu dibebankan dgn semua ini sedangkan keputusan utk melahirkan anak adalah keputusan pekerja itu sendiri, langsung tidak ada kena mengena dgn majikan? Sudahnya, ramai wanita berhenti kerja selepas bersalin. Bila ibu berhenti kerja, feminis menganggap ini sesuatu yg mundur. Padahal feminis juga yg tidak menggesa majikan tentang ILO Maternity Protection Code. Tumpuan mrk lbh kpd menggesa ibu agar bersaing sedaya upaya dgn lelaki bg mencapai status yg tinggi dlm profesyen. Sgt sedikit perempuan dlm “top management”. Mrk adlh wanita bujang, ibu tunggal, ibu tanpa anak atau ibu dengan anak yang kurang dr tiga. Dlm menuju ke “puncak profesyen”, ibu terpaksa berdepan dgn risiko anak2 terbiar atau penceraian. Namun, soal rumahtangga yg hancur jarang diketengahkan oleh feminis. Yg mrk banggakan di media ialah kejayaan ibu tunggal dalam profesyen. Atas dasar itu lah, anti-feminisme dlm blog ini adalah ‘anti’ dalam konteks agenda feminism Malaysia. Bg sy, perjuangan menuntut hak itu tidak menyuluruh. Ia kelihatan spt menumpukan kpd kejayaan wanita itu semata-mata tetapi mengabaikan hak asasi seluruh isi keluarga terutama bayi, kanak2 & remaja. Sedangkan dalam prinsip Islam, hak asasi ‘ramai orang’ (ahli keluarga/komuniti/masyarakat)’ adalah lebih penting dr hak asasi ‘individu’ (seorang manusia/seorang ibu).

Maizura Mohd Ederis said...

“Back to nature” maksudnya utk mencapai standard ibu cemerlang dlm rumahtangga. Feminism memang tidak melarang wanita dr ‘nature’nya. Tp mahu wanita jadi SUPERWOMAN - hebat dalam profesyen dan hebat juga dlm rumahtangga. Kini setelah 30 tahun, ramai perempuan tidak yakin dgn idea ini. Mrk menganggapnya satu beban. Mrk tidak boleh fokus dgn baik kpd kedua-duanya. Ya, mrk masih dpt lakukannya, ttp dlm standard ‘sederhana’ , bkn cemerlang. Bila tidak cemerlang dlm satu-satu perkara, perempuan itu sendiri akan berasa tidak puas hati dgn diri mrk. Ramai perempuan berpendapat bhw byk manaafaat dan kelebihan ‘keibuan’ terpaksa digadaikan utk mrk menjadi cemerlang dlm profesyen.

Maizura Mohd Ederis said...

Tentang hak asasi perempuan utk bekerja, sy menjawab begini :

- Islam membenarkannya samada sebelum atau selepas berkahwin. Tp bersyarat. Syaratnya, peranan dan fungsi perempuan dlm rumahtangga, jangan sampai terabai.

- Isteri mempunyai HAK UTK MEMILIH samada mahu bekerja atau tidak. Sedangkan suami TIDAK mempunyai hak utk memilih. Suami WAJIB bekerja mencari nafkah untuk keluarga.

- Perempuan berkahwin mempunyai HAK UTK MEMILIH samada mahu melakukan kerja rutin rumahtangga atau tidak. Sedangkan suami WAJIB melakukan kerja rutin rumah tangga spt mendidik anak2, memasak, mengemas rumah, menjahit, etc. Sekiranya suami enggan melakukannya, dia perlu menggajikan pembantu rumah untuk melakukannya.

- Apabila wanita keluar bekerja, wang yang dibawanya pulang adalah menjadi haknya sendiri. Suami tidak boleh memaksa wang itu diberikan kepadanya atau kpd keluarga. Bagaimanapun, sekalipun isteri bekerja, suami tetap WAJIB memberi nafkah sara hidup kepada isteri.

Ini lah prinsip Islam yg sangat adil kepada perempuan. Akan tetapi, terdapat sedikit penyelewengan dari segi perlaksanaan dalam dunia moden hari ini. Contohnya :

1. Perempuan Islam yg berkahwin TIDAK MEMPUNYAI PILIHAN selain daripada bekerja. Ini berpunca daripada kos sara hidup moden yg tinggi
2. . Kebanyakan perempuan di Malaysia TERPAKSA bekerja untuk membantu meringankan beban kewangan suami. Sangat sedikit perempuan yang bekerja untuk memanafaatkan kemahiran, kelayakan, pengetahuan, bakat dan minatnya dlm bidang-bidang tertentu.

3. Wang yang dibawa pulang oleh perempuan TERPAKSA dikongsi bersama dengan suami dan ahli keluarga. Ini disebabkan oleh pendapatan suami seorang TIDAK MENCUKUPI utk membolehkan mrk sekeluarga hidup dgn selesa.

4. Suami terlupa atau ‘sengaja buat-buat lupa’ utk memberi nafkah sara hidup dengan alasan, “ah, isteri aku pun ada duitnya sendiri. Biar lah dia belanja duitnya.”

5. Suami tidak tahu atau ‘sengaja buat-buat tidak tahu’ bahawa dia wajib melakukan kerja rutin rumahtangga seperti mendidik anak, memasak, mengemas rumah dan menjahit pakaian. Suami dipengaruhi oleh budaya masyarakat Timur (bukan ajaran agama Islam) yang mengatakan bahawa tidak ‘manly’ atau ‘macho’ jika suami melakukannya. Sedangkan nabi Muhammad melakukannya. Ini terbukti dalam hadis-hadis sahih.

Maizura Mohd Ederis said...

Bila adanya feminisme barat sekular, feminisme Islamik, feminisme Christian, tentu lah ada pula yang menentang (anti-feminisme) . Tentang anti-feminism Christian, mungkin penentangnya bersifat peribadi, ttp sy tersalah anggap mengatakan ada ‘gerakan’. Ya, sy silap krn menulis ‘gerakan’ dlm entri di atas hanya berdasarkan tinjauan dlm web & blog. Ada beza antara femnisme barat sekular dan feminisme Islamik. Di antara kedua-dua itu, ada sesetengah agenda boleh diterima dan ada sesetengahnya perlu ditolak. Ia memerlukan satu lagi artikel panjang utk menerangkan apa yg patut diterima dan apa yg patut di tolak. Tentang anti-feminism Islam, sesetengahnya ada persamaan dengan Christian, cthnya bila membawa agenda anti-abortion, anti-gay, pro-marriage institution, etc. Ini kontra dengan feminisme barat sekular yg menyokong abortion, gay, bank mani dan menentang institusi perkahwinan krn ia mengongkong wanita.

Anonymous said...

Salam saudari Maizura,

Saya telah pautkan blog sdri ke blog saya.