Monday, June 30, 2008

Tentang Wanita Bekerja

Sempena Hari Wanita Kebangsaan pada Ogos ini, saya menulis satu artikel panjang bertajuk

From Liberation to Leadership atau Kembali Kepada Fitrah : Mana Satu Pilihan Wanita?

Ia akan tersiar di majalah Aniqah. Antara saranan dalam artikel itu ialah tentang perlunya sistem sokongan untuk wanita bekerja. Ini bermaksud :

- Kewajipan suami menolong isteri dalam kerja rutin rumahtangga.
- Tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja mesra wanita.

Kemudian, editornya Khairana Pilus memulangkan rencana itu dengan beberapa komen dari Datuk Jamaludin Mansor, pemilik majalah Aniqah. Banyak soalan kritis yang beliau kemukakan. Antaranya seperti :

- Adakah menjadi kewajipan ke atas suami untuk melakukan kerja rutin domestik?
- Adakah Khadijah berhenti menjadi businesswomen selepas mendapat anak?
- Adakah Aishah menumpukan kepada kerjaya sebagai seorang ilmuan dan tidak melakukan kerja rutin rumahtangga?
- Kenapakah majikan perlu dibebankan dengan tanggungjawab menyediakan persekitaran mesra wanita?
- Sejak bilakah wanita mula meninggalkan kerjaya tidak formal di sektor perladangan dan memasuki kerjaya formal di sektor perindustrian?
- Adakah ayat al-Quran, hadis atau ijma' ulama yang mewajibkan wanita bekerja untuk mencari nafkah hidup?

Saya cukup tersentuh dengan soalannya yang terakhir. Adakah wanita wajib mencari nafkah? Saya pun menjawab begini :

Al-Quran menetapkan tanggungjawab mencari nafkah hanya kepada lelaki. Bagaimanapun, ulama membenarkan wanita bekerja dengan menjadikan isteri-isteri nabi sebagai rujukan. Khadijah seorang ahli perniagaan. Aishah seorang ilmuan. Bagaimanapun, penglibatan Khadijah dan Aishah adalah atas dasar memperjuangkan agama. Justeru, ulama merumuskan bahawa wanita Islam boleh bekerja asalkan dengan niat untuk menyumbang kepada kesejahteraan ummah. Meningkatkan ekonomi keluarga adalah salah satu sumbangan kepada ummah. Bagaimanapun, ulama meletakkan banyak syarat untuk wanita bekerja. Satu daripadanya ialah tidak mengabaikan anak-anak yang sedang membesar.

Jawapan saya berhenti setakat itu. Namun, persoalan tentangnya terus berligar-ligar dalam kepala saya sampai hari ini. Adakah wanita sekarang bekerja dengan niat kerana kesejahteraan ummah? Atau kerana mahukan kereta dan rumah lebih besar daripada jiran sebelah? Atau kerana pengiktirafan manusia terhadap profesyen di luar rumah? Dan adakah anak-anak sekarang 'sejahtera' di tangan pembantu rumah?

Jawapannya ada pada wanita sendiri.

3 comments:

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks

suriajanib said...

kalau ikut trend sekarang, kebanyakan wanita bekerja atas desakan hidup. wanita bujang bekerjaya misalnya lebih berdikari, terpaksa survive untuk diri dan keluarga. kalau nawaitu nak membesar2kan material itu tidak benar. kita nak mengharapkan sapa untuk menyuap mulut kita, sampai bila nak bergantung pada keluarga. abis tu kalau ibu bapa sudah meninggal dunia macam mana. lainlah kalau dia sudah berkeluarga atau bersuami, itupun tidak boleh bergantung sangat pada suami tambahan pula kalau hidup di kota metropolitan, gaji sekitar rm1000 masih di bawah paras kemiskinan. adakah wanita perlu goyang kaki melihat suaminya bertungkus lumus menyara hidup. dalam bekeluarga perlu ada timbal balik dan saling membantu. kasih sayang sahaja tidak cukup untuk menyara hidup.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)